PUSAT latihan beraltitud tinggi seperti dirancang Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) disifatkan Institut Sukan Negara (ISN) sebagai baik untuk atlet menjalani latihan intensif tapi badan itu berharap persatuan mencari alternatif lain kerana Kompleks Sukan Ranau belum siap.
Ketua Pengarah ISN, Datuk Dr Ramlan Abdul Aziz berkata, pihaknya sudah lama memantau kompleks itu yang belum boleh digunakan dalam waktu terdekat.
“Kami ada Pusat Satelit di Kota Kinabalu yang memantau kompleks itu dan sering memberi perkembangan terkini. Wakil kami beritahu banyak lagi masa diperlukan untuk menyiapkan kompleks itu,” kata Ramlan.
Selain itu, beliau mengaku KOAM tidak pernah berjumpa pihaknya untuk membincangkan mengenai program latihan di Ranau.
“Secara rasmi mereka tidak pernah berbincang dan meminta pandangan ISN mengenai Ranau. Saya tahupun menerusi sembang-sembang kedai kopi saja.
“Apapun kami sedia bantu KOAM andai mereka perlu kepakaran kami, baik fisioterapi mahupun pakar psikologi.
“Kami juga tidak menerima program pembangunan dari KOAM seperti yang dilakukan sukan badminton dan basikal,” kata Ramlan.
Kenyataan Ramlan membayangkan betapa KOAM tidak membuat perancangan rapi, apa lagi program yang teratur untuk pembangunan atlet olahraga.
“Kami tidak kisah untuk membantu program berperingkat sebegini dan kami tidak pernah gagal membantu. Dalam isu ini juga, kami sedia menghantar pegawai fisioterapi dan psikologi jika diminta. Sebenarnya, kalau sekadar mahu dapatkan lokasi beraltitud tinggi, kita boleh hasilkan altitud sebegitu dalam dewan. Lagipun altitud di Ranau itu hanya di paras asas altitud tinggi.
“Tapi kalau boleh, sediakan program menyeluruh kerana mudah bagi kami di ISN untuk mengkaji kemampuan atlet. Malah, dengan program menyeluruh dan terancang, kami dapat sediakan program buat atlet untuk mengekalkan prestasi sekali gus menghasilkan keputusan terbaik di setiap kejohanan disertai.” Justeru Ramlan berharap KOAM menyediakan program demi kepentingan atlet yang pastinya bakal menguntungkan negara.
H.Metro

No comments:
Post a Comment