Tuesday, 16 June 2009

Tumpu usaha bangunkan atlet


MUHYIDDIN Yassin membuat pukulan bola golf bagi melancarkan Cabaran Golf Tan Sri Muhyiddin (TSM) 2009 sambil di perhatikan oleh Megat Najmuddin Megat Khas (enam dari kiri) di Hotel Four Seasons Tanjung Rhu Langkawi, semalam.

LANGKAWI 13 Jun – Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu persatuan-persatuan sukan di negara ini menghindarkan politik, tetapi memberi tumpuan lebih serius kepada usaha membantu dan membangunkan bidang itu.

Timbalan Perdana Menteri berkata, pada masa ini, kebanyakan persatuan sukan terutama persatuan sukan golf dilihat tidak bergerak secara terancang dalam menganjurkan kejohanan yang boleh mencungkil bakat pemain muda.

Justeru, kata beliau, persatuan sukan berkenaan sama ada profesional atau amatur perlu menyusun semula organisasi mereka bagi melahirkan atlet yang lebih menyerlah di peringkat nasional dan antarabangsa.

“Persatuan yang lesu ini perlu menyusun kembali ‘rumah’ mereka supaya dapat memartabatkan sukan negara di samping menganjurkan kejohanan yang boleh disertai pemain junior.

“Ketepikan politik dalam sukan, tetapi lakukan lebih banyak kerja untuk membantu bakat-bakat sukan menyerlah. Kalau semua ini dapat dilakukan, saya percaya tahap sukan kita termasuk golf akan lebih baik daripada sekarang,” katanya pada majlis pelancaran kejohanan Cabaran Golf TSM 2009 di Tanjung Rhu di sini hari ini.

2 comments:

Indra Adi Budiman said...

sebagai insan olahraga, saya senang dengan tulisan anda, foto-foto yang ditampilkan juga menarik

Indra Adi Budiman said...

saya berharap anda mengomentari apa yang saya tulis, salam perkenalan dari saya, tulisan anda saya tunggu di blog saya, terima kasih