Friday, 22 May 2009

Pemilihan Bagi Jawatan Jawatankuasa Atlet MOM Pada Julai

KUALA LUMPUR, 21 Mei (Bernama) -- Jawatankuasa Atlet Malaysia yang kini berada di bawah Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dan bertanggungjawab menjaga kebajikan atlet termasuk yang telah bersara, dijadual mengadakan pemilihan sendiri pada Julai ini.

Menurut MOM, jawatankuasa enam anggota itu apabila dipilih kelak, akan memegang jawatan masing-masing bagi tempoh dua tahun bermula 2009.

Setiausaha Kehormat MOM Datuk Sieh Kok Chi berkata syarat dan peraturan bagi proses pemilihan itu telah dimuktamadkan.

"Tugas utama jawatankuasa ini ialah menjaga kebajikan atlet sedia ada dan yang telah bersara tanpa mengira sukan mereka," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata jawatankuasa itu akan dipilih di kalangan anggota daripada 34 anggota biasa MOM.

"Mengikut peraturan, setiap persatuan dibenarkan mencalonkan dua calon, seorang lelaki dan seorang wanita. Ini bermakna 34 persatuan, 58 calon boleh bersaing bagi jawatankuasa enam anggota ini," katanya.

-- BERNAMA

No comments: