Monday, 18 May 2009

Buat keputusan bijak




SEBAGAI orang lama dalam Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Sieh Kok Chi tampil memberi ingatan kepada semua perwakilan agar membuat keputusan bijak pada majlis pemilihan kepimpinan eksekutif hujung bulan ini.

Menurut penyandang jawatan Setiausaha Kehormat MOM itu, ingatannya bukanlah semata-mata untuk meraih undi, sebaliknya lebih kepada memastikan agar badan induk tersebut dipimpin oleh individu yang layak.

MOM akan mengadakan pemilihan bagi penggal 2009-2011 pada 30 Mei ini yang menyaksikan 12 jawatan dipertandingkan sempena mesyuarat agung tahunan (AGM) badan induk itu.

Begitupun, menjelang tarikh akhir pencalo- nan pada 20 Mei ini, Kok Chi awal-awal lagi meletakkan harapannya kepada 102 perwaki- lan yang bakal membuang undi dalam menentukan masa depan MOM untuk tempoh dua tahun akan datang.

"Kita ada 34 anggota badan yang mewakili persatuan sukan di negara ini dan setiap daripada mereka akan menghantar tiga perwakilan yang mewakili tiga undi. Ini bermakna kita adalah 102 undi," jelas Kok Chi.

"Undi inilah yang bakal menentukan kepim- pinan MOM untuk dua tahun akan datang.

"Saya mungkin tiada hak untuk bersuara tetapi sebagai orang lama dalam MOM dan bertanggungjawab dalam membawa hala tuju badan induk ini, maka saya berharap perwakilan dapat membuat keputusan bijak.

"Mereka ada hak untuk memilih sesiapa saja dan itu adalah kebebasan yang telah diamalkan oleh MOM selama ini. Namun, kita harap mereka tidak membuat keputusan yang banyak dipengaruhi oleh orang luar."

Kok Chi yang mula memegang jawatan Setiausaha Kehormat MOM sejak 1992 selepas menggantikan Thong Poh Nyen juga mahu semua perwakilan membuat penilaian ke atas apa yang telah kepimpinan sebelum ini sumbangkan termasuk dirinya sendiri.

"Saya tidak melarang mana-mana pihak yang mahu mencabar saya untuk jawatan ini tetapi secara peribadi, saya akan terus mempertahankan jawatan ini atas dasar tanggung- jawab.

"Saya masih ada kemampuan untuk memberi sumbangan kepada MOM dan saya masih ada lagi tugasan penting yang perlu saya selesaikan di sini," tambah Kok Chi yang bakal mendapat pencalonan daripada Persatuan Menembak Kebangsaan Malaysia.

No comments: