MAJLIS Olimpik Malaysia (MOM) tidak akan berpatah daripada keputusannya untuk mengadakan pemilihan atlit ke Sukan Sea XXIV Isnin dan Selasa ini, di sebalik pendapat menyatakan badan induk itu terlalu awal untuk menyenaraikan kontinjen negara.
Berdasarkan kepada peraturan Sukan Sea XVI di Korat, penganjur

Tetapi MOM mempunyai alasan sendiri untuk mengadakan pemilihan minggu depan - hampir empat bulan sebelum tarikh akhir berbuat demikian.
“MOM mahu memberi peluang secukupnya kepada atlit yang terpilih awal untuk menjalani latihan dan mempersiapkan diri sebaik mungkin sebelum Sukan Sea bermula Disember ini,” kata Setiausaha Kehormatnya Datuk Sieh Kok Chi.
“Sebab itu MOM mahu mengadakan pemilihan lebih cepat walaupun saya akui beberapa pemilihan mungkin terpaksa ditangguh kerana masih ada beberapa kejohanan sama ada tempatan atau antarabangsa sedang berlangsung.
“Kita boleh menganggap ini sebagai pemilihan pusingan pertama tetapi bagi atlit yang sudah layak, mereka tidak berdepan masalah untuk terus menjalani latihan cuma yang belum layak yang perlu diberi perhatian,” kata Kok Chi.
Seperti tahun-tahun lalu ketika sesi pemilihan, MOM terpaksa menunda beberapa pemilihan sukan bagi memberi lebih banyak peluang kepada atlit untuk melayakkan diri sebelum tarikh akhir pendaftaran negara kepada penganjur.
Antara sukan yang mungkin akan meminta penangguhan ialah Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) yang belum mengadakan kejohanan kebangsaannya yang mungkin dijadikan medan latihan terakhir atlit ke Korat.
Mengenai bola sepak, Kok Chi tetap dengan pendapat bola sepak harus diberi peluang untuk beraksi di Korat dan skuad bawah-23 tidak seharusnya dihukum atas kegagalan buruk pasukan senior pada kejohanan Piala Asia.
“Mereka tidak harus diketepikan semata-mata kerana kegagalan pasukan senior. Bagi saya, itu tindakan yang tidak wajar.”
Berita Harian
No comments:
Post a Comment