Tuesday, 6 November 2012

ISN anjur sistem latihan sempurna dalam Persidangan : “Strength & conditioning 2012”



Bidang Sains Perubatan dan teknologi Sukan memainkan peranan penting dalam menentukan hala tuju pembangunan serta kejayaan sukan di sesebuah negara.

Dalam kalangan negara maju yang pesat membangun, pengetahuan dalam dua bidang ini sudah lama dipraktikkan dalam arena sukan mereka.

Ia bukan saja penting kepada atlet sukan itu sendiri, malah turut merupakan asas utama kepada jurulatih dalam mengatur hala tuju sistem latihan yang sempurna kepada atlet.

Justeru, dalam usaha mencari kaedah tepat untuk meningkatkan lagi keupayaan dan kemampuan dari segi kesihatan dan fizikal, Institut Sukan Negara (ISN) akan mengadakan persidangan  “Strenght & Conditioning” 2012 pada 5 hingga 6 November depan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif ISN, Ahmad Shapawi Ismail, persidangan yang pertama kali dianjurkan seumpamanya di Malaysia adalah usaha ISN dalam membangunkan bidang suaian fizikal khususnya dan sains sukan amnya dalam meningkatkan prestasi sukan di negara kita.

“Persidangan yang diadakan selama dua hari ini akan menampilkan penceramah dari luar negara dan ISN yang akan membincangkan penemuan dan kaedah baru, ia juga usaha ISN di dalam meningkatkan kerjasama, perkongsian maklumat serta teknologi di kalangan penyelidik, pengamal sukan, jurulatih, atlet, pelajar dan individu tempatan dan juga antarabangsa yang berkecimpung dalam bidang sukan, khususnya di dalam aspek suaian fizikal”.

No comments: