KUALA LUMPUR, 29 Jun (Bernama) -- Tempoh dua minggu sebelum Datuk Lee
Chong Wei beraksi di Olimpik London adalah masa paling kritikal yang
bakal menentukan prestasi semasa atlet itu, kata ketua pegawai eksekutif
Institut Sukan Negara (ISN) Datuk Dr Ramlan Abdul Aziz.
Beliau berkata dalam tempoh itu, pemain perseorangan badminton negara itu perlu memastikan dirinya bebas sepenuhnya daripada kecederaan selain tidak dibelenggu sebarang masalah peribadi untuk fokus kepada temasya tersebut.
"Tempoh Chong Wei mengalami kecederaan pada kejohanan Piala Thomas pada Mei sehingga beraksi di Olimpik pada Julai, lebih kurang 64 hari. Proses pemulihan kecederaannya adalah enam minggu atau 42 hari.
"Secara matematik sains sukan, dari hari pertama beliau mengalami kecederaan, ditolak tempoh pemulihannya sebelum beraksi di London, Chong Wei mempunyai 22 hari untuk kembali ke tahap permainan sebenarnya.
"Masa sebenar yang diperlukan hanya 14 hari. Jadi, tempoh 22 hari sudah cukup bagi pemain itu untuk kembali kompetitif," katanya kepada Bernama, di sini Jumaat.

-- BERNAMA
No comments:
Post a Comment