KUALA LUMPUR, 19 Dis (Bernama) -- Berhadapan saingan 'soldadu-soldadu' badminton China boleh diibaratkan bak 'peperangan' yang tiada kesudahan, kata Setiausaha Kehormat Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Ng Chin Chai.
Ng berkata sudah menjadi kebiasaan pihaknya, jurulatih dan Institut Sukan Negara (ISN) menganalisis video perlawanan perseorangan badminton negara Datuk Lee Chong Wei, khususnya ketika menentang musuh tradisi, Lin Dan dari China.
Berdasarkan rakaman video yang disediakan ISN itu, Ng berkata mereka dapat menganalisis kekuatan pihak lawan dan kelemahan pemain nombor satu dunia itu untuk dibaiki dalam sesi latihan.
"Bagaimanapun China juga berbuat demikian, malah sumber-sumber mereka lebih besar.
"Jadi apabila Chong Wei sudah berjaya membaiki kelemahannya dan sudah tahu cara untuk mengatasi mereka, mereka pula akan muncul dengan strategi baru untuk kalahkan Chong Wei dan proses ini berterusan," katanya kepada Bernama di sini Isnin.
Beliau berkata pasukan gergasi badminton dunia itu juga cenderung 'bermain taktik kotor' seperti tindakan Lin Dan yang kerap menarik diri daripada kejohanan bagi mengelakkan diri bertemu dengan Chong Wei.
Sepanjang tahun ini, Chong Wei hanya berjaya menundukkan Lin Dan sekali sahaja iaitu pada perlawanan akhir Kejohanan All England Mac lalu.
Kemenangan yang menyuntik keyakinan peminat sukan tanah air itu bagaimanapun menjadi semakin hambar apabila Lin Dan membalas dengan tiga kekalahan terhadap Chong Wei iaitu pada Kejohanan Dunia di London pada Ogos, Terbuka Hong Kong dan Terbuka China bulan lepas.
Lonjakan prestasi seorang lagi pemain China Chen Long, yang mengecewakan Chong Wei pada Terbuka Jepun (September), Terbuka Denmark (Oktober) dan Siri Super Akhir di China baru-baru ini, turut menjadi ancaman baru bagi bekas anak didik legenda badminton negara Datuk Misbun Sidek itu.
Menyedari cabaran getir yang bakal dihadapi Chong Wei dalam menempuhi temasya Olimpik tahun depan, Ng berkata BAM merangka strategi baru lebih kukuh bagi mempersiapkan harapan emas negara itu.
Katanya latihan Chong Wei akan ditumpukan pada meningkatkan ketahanan fizikal dan mental, di samping membaiki kelemahan-kelemahan yang dikesan ketika menentang Lin Dan dan Chen Long.
"Walaupun cabarannya sukar, kami tidak akan berputus asa dan akan terus melakukan apa yang kami mampu untuk membantu Chong Wei," katanya.

No comments:
Post a Comment