PELUMBA terbaik negara, Azizulhasni Awang kini hanya menunggu lampu hijau daripada Institut Sukan Negara (ISN) berhubung tahap kecergasannya sebelum pulang ke Melbourne untuk menjalani latihan di bawah bimbingan ketua jurulatih negara, John Beasley.
Azizul kini dilapor sudah 95 peratus cergas dan jika tiada sebarang masalah berhubung tahap kecederaannya, Olahragawan Negara 2009/2010 itu akan kembali menjalani latihan sepenuhnya bermula awal bulan depan.
Timbalan Presiden, Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Datuk Naim Mohamad ketika mengesahkan perkembangan itu berkata, laporan penuh berhubung tahap kesihatan pelumba harapan negara itu akan diketahui dalam tempoh satu dua minggu lagi.
“Perkembangan Azizul kini dipantau sepenuhnya ISN. Jika semua berjalan lancar, Azizul dijadual kembali ke Melbourne pada 29 Jun ini.
“Dia juga dijangka turun beraksi pada perlumbaan pertama di Kejohanan Universiti Dunia di China, Ogos ini selain dilapor sudah semakin tidak sabar untuk beraksi,” katanya.
Naim berkata, penyertaan Azizul di kejohanan yang akan berlangsung di Shenzhen, China bermula dari 12 hingga 23 Ogos itu penting buat jaguh keirin dunia itu bagi menilai tahap prestasi semasa pelumba itu selepas berehat panjang kerana kecederaan akibat serpihan kayu trek tertusuk pada betis kaki kirinya di Piala Dunia Klasik, Manchester, Februari lalu.
“Banyak yang perlu Azizul lakukan sebagai persiapan menjelang Sukan Olimpik 2012. Pertandingan penting buat dirinya untuk dia kembali menyesuaikan diri dengan suasana pertandingan,” katanya.
Azizul dijangka turun dalam acara kegemarannya iaitu keirin dan pecut 200m.
Ketika ini, tiga pelumba negara - Josiah Ng, Muhammad Edrus Md Yunos dan Fatehah Mustapa sudah memulakan latihan intensif di Melbourne dan pertandingan pertama yang akan disertai pelumba di bawah program Road to London dalam misi mengumpul mata kelayakan ke Olimpik adalah siri Piala Dunia Klasik pertama di Astana, Kazakhstan, 4 hingga 6 November ini, Cali, Colombia (1 hingga 3 Disember), Beijing, China (20 hingga 22 Januari 2012) dan London (17 hingga 19 Februari 2012).
Oleh Aida Adilah Mat
aida@hmetro.com.my

No comments:
Post a Comment