SUATU ketika dahulu, ramai yang tidak menyedari mengenai kewujudan serta penggunaan teknologi sains sukan bagi membantu meningkatkan lagi prestasi atlet-atlet sukan.
Malah ada segelintir pihak mempertikai- kan keberkesanan penggunaan teknologi tersebut yang dilihat tidak memberikan se- barang kesan terhadap keja- yaan seseorang atlet.
Bagi mereka, cukup sekadar para atlet fokus terhadap lati- han dan menerapkan segala percaturan serta strategi yang telah ditetapkan jurulatih.
Namun tanggapan tersebut silap.
Ia perlu dikikis kerana kini telah terbukti penggunaan teknologi sains sukan adalah penting dalam usaha membantu atlet-atlet mempersiapkan diri menghadapi mana- mana kejohanan, baik di dalam mahupun di luar negara.
Mengikut definisi sains sukan, ia merupakan satu cabang dalam sains yang mengkaji respons manusia terhadap akti- viti fizikal yang merangkumi aspek kinesio- logi, biomekanik, anatomi, fisiologi serta lain-lain aspek seperti pemakanan, pengurusan sukan, dan psikologi dalam bidang sukan.
Ia juga membantu memahami tindak balas badan manusia seperti organ, sistem saraf, sistem otot dan tenaga dalam badan ketika melakukan sesuatu aktiviti sukan.
Dengan arus kemodenan yang semakin berkembang pesat ketika ini, penggunaan teknologi sains sukan sudah tidak boleh di- pertikaikan lagi, malah kuasa-kuasa besar sukan dunia mengakui bahawa ia merupakan salah satu elemen terpenting bagi memastikan atlet-atlet mereka sentiasa berada pada prestasi terbaik.
Malaysia yang turut sedar dengan kepen- tingan penggunaan teknologi sains sukan, menjadikannya sebagai satu elemen penting, apatah lagi ketika ini kita sedang dalam persiapan menghadapi temasya Sukan Olimpik 2012 di London.
Bagi tujuan itu, Institut Sukan Negara (ISN) diberikan tanggungjawab memantau perkembangan serta prestasi atlet-atlet negara terutamanya yang berada di bawah program Road to London (RTL) 2012.
Begitupun, tanggungjawab yang diberikan kepada ISN itu bukanlah sesuatu yang mudah memandangkan ia memerlukan sokongan penuh semua pihak termasuk atlet dan jurulatih.
Tidak cukup dengan itu, ISN perlu memberikan kesedaran kepada umum tentang kepentingan penggunaan teknologi sains sukan memandangkan ada yang masih belum sedar sepenuhnya tentang kewuju- dannya.
Ketua Pengarah ISN, Datuk Dr. Ramlan Abdul Aziz berkata, pada ketika ini, umum perlu tahu terlebih dahulu dari segi prinsip sains sukan itu sendiri iaitu hubungan di antara atlet, jurulatih dengan pasukan sokongan.
"Hubungan segi tiga ini kemudian dibantu dengan bantuan pihak pentadbiran, kewangan dan logistik yang merupakan tanggungjawab MSN (Majlis Sukan Negara).
"Kita kena faham, sebelum ini dari segi program sejak tahun 1999 kita telah melaksanakannya secara berperingkat-peringkat untuk mengubah fokus serta penekanan daripada kecemerlangan program kepada kecemerlangan atlet," kata Ramlan ketika ditemu bual Kosmo! baru-baru ini.
Tambah Dr. Ramlan, dengan program yang telah dirancang ketika ini, ia bukan sahaja bertujuan untuk meningkatkan lagi prestasi atlet tetapi merupakan salah satu transfor- masi daripada pihak kerajaan dalam usaha membangunkan lagi arena sukan tanah air.
"Menerusi ketetapan dan dasar yang di- buat laksanakan Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak yang ketika itu Timbalan Perdana Menteri merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Sukan telah memutuskan bahawa atlet-atlet elit negara memerlukan dedicated high perfor- mance support (sokongan berprestasi tinggi) yang merangkumi perubatan dan juga teknologi sains sukan," tambahnya.
Menyentuh mengenai peranan yang dimainkan ISN bagi membantu persediaan atlet-atlet yang berada di bawah program RTL 2012, Dr. Ramlan menjelaskan bahawa pihaknya telah menyediakan pasukan-pasukan yang terdiri daripada pakar-pakar tertentu bagi memantau prestasi serta gaya pengurusan hidup atlet-atlet tersebut.
Ketika ini, sebanyak tujuh acara sukan disenaraikan dalam program RTL 2012 iaitu badminton, basikal trek, terjun, memanah, menembak, hoki dan bola sepak yang membabitkan penglibatan seramai 77 atlet negara.
"Seperti yang kita sedia maklum, RTL 2012 diwujudkan dengan satu misi penting iaitu membawa pulang pingat emas pertama pada Sukan Olimpik - temasya sukan terbesar di muka bumi ini.
"Setiap acara sukan, kami (ISN) menye- diakan satu pasukan yang terdiri daripada pakar-pakar tertentu iaitu meliputi pakar nutrisi, conditioning (persediaan), psikologi, fisioterapi dan biomekanikal.
"Setiap daripada pakar-pakar tersebut mempunyai peranan mereka yang tersendiri dari aspek pemantauan bagi membantu atlet-atlet mahupun jurulatih untuk melakukan persiapan sebelum menghadapi mana-mana kejohanan.
"Namun ingin saya jelaskan bahawa kesemua pakar-pakar ini diletakkan mengikut kesesuaian acara-acara sukan tersebut kerana tuntutan latihan untuk setiap sukan adalah berbeza," jelas Dr. Ramlan lagi.
Bagaimanapun, ketika ISN dilihat benar-benar serius bagi membantu persiapan atlet-atlet negara menjelang Sukan Olimpik 2012 menerusi penggunaan tekno- logi sains sukan, ada juga yang masih mempersoalkan mengenai tentang keberkesanannya.
Namun Dr. Ramlan tidak cepat melatah berhubung isu tersebut, sebaliknya mempunyai penjelasan yang cukup kukuh bagi membuktikan tahap keberkesanan yang telah pihaknya lakukan dalam usaha memastikan atlet-atlet negara melakar keja- yaan.
"Jika ada yang mempersoalkan mengenai perkara itu, bagi saya mudah. Lihat sahaja ketika Sukan Komawel 2010 di India, kontinjen Malaysia meraih 10 pingat emas.
"Tujuh daripada atlet yang meraih pingat emas itu pula merupakan pesakit saya. Adakah itu masih belum cukup untuk membuktikan mengenai tahap keberkesa- nan perubatan serta penggunaan teknologi sains sukan yang ISN terapkan?
"Bukan Sukan Komanwel sahaja tetapi begitu juga dengan pencapaian di Sukan Asia 2010 di Guangzhou, China. Kontinjen negara meraih lapan pingat emas, 17 perak dan 17 gangsa iaitu kutipan pingat terbanyak sepanjang bertanding pada temasya tersebut.
"Adakah itu masih belum cukup untuk membuktikan mengenai tahap keberkesa- nan perubatan serta penggunaan teknologi sains sukan yang ISN terapkan?
Oleh HELMI TALKAH
helmi.talkah@kosmo.com.my
No comments:
Post a Comment