KETIKA ramai yang terus bermain teka-teki mengenai kemampuan sebenar atlet negara untuk melakar kegemilangan di Sukan Olimpik London tahun depan, masih ada suara positif impian seumpama itu bukan sesuatu yang mustahil untuk dizahirkan.
Pembinaan karektor, aspek mungkin kurang diberi perhatian rupanya turut menjadi ramuan penting dalam menentukan sama ada seseorang atlet itu mampu meraih kejayaan apabila berdepan cabaran atau sebaliknya.
Ketua Pengarah Institut Sukan Negara (ISN), Datuk Dr Ramlan Abdul Aziz berkata, ketika ini, tiga atlet negara iaitu Datuk Lee Chong Wei, Azizulhasni Awang dan Pandelela Rinong sudah pun menunjukkan karektor sebenar mereka sebagai atlet bertaraf Olimpian.
Menurut Dr Ramlan, pembinaan karektor tidak akan datang dengan hanya menyertai kejohanan tetapi lahir hasil keupayaan atlet itu sendiri mengatasi pelbagai dugaan demi meraih kejayaan di London kelak.
“Mereka perlu mempunyai karektor yang kuat iaitu apabila mereka berdepan pelbagai tekanan, mereka mampu menghadirkan strategi untuk mengatasinya.
“Chong Wei dan Azizulhasni memilikinya, begitu juga Pandelela. Di sebalik personalitinya yang agak pemalu, pembinaan karektornya cukup kuat,” katanya.
Chong Wei sudah melakar sejarah apabila memenangi pingat perak di Sukan Olimpik 2008 Beijing dan kini berjuang pula untuk meraih emas pertama Olimpik manakala Azizulhasni mempamerkan semangat wiranya kepada seluruh dunia apabila terus mengayuh biarpun kakinya tertusuk serpihan kayu ketika kejohanan Piala Dunia di Manchester, Februari lalu.
Menurutnya, biarpun pelbagai taktik dan pendedahan diberikan jurulatih dan aspek pentadbiran juga disediakan dengan cukup baik, pada akhirnya tugas memburu kemenangan terletak di bahu atlet itu sendiri.
“Atlet perlu berasa yakin dan jangan rasa gusar dengan tekanan. Mereka perlu memberi tumpuan terhadap penguasaan prestasi dan bukan kepada hasil.
“Ini penting kerana kadang-kala hasil keputusan pertandingan pada hari itu berada di luar jangkauan kuasa kita tetapi kita perlu berikhtiar untuk memberikan yang terbaik dan paling penting gabungan aspek fizikal dan psikologi perlu mantap.
“Mungkin pada masa kasar, kita melihat kekalahan disebabkan kelemahan mental tetapi ia mungkin disebabkan masalah lain seperti belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan hingga menyebabkan persediaan fizikal turut terjejas,” katanya.
Harian Metro

No comments:
Post a Comment