Tuesday, 25 May 2010

Salahkan jurulatih, bukan pemain: Sieh

SALAHKAN jurulatih dan bukannya pemain! Itu pandangan Setiausaha Kehormat Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Datuk Sieh Kok Chi yang menegaskan jurulatih badminton negara bertanggung jawab sepenuhnya bagi kegagalan pemain masing-masing untuk menampilkan aksi terbaik hingga terkubur di separuh akhir kepada juara sebenarnya, China, dalam saingan Piala Thomas, dua minggu.

Bagi Kok Chi, dengan jurulatih dipertanggungjawab merangkap program persediaan rapi menghadapi Piala Thomas, mereka tidak seharusnya memberi alasan lain seperti disiplin pemain atau terkejut dengan persediaan lebih baik pasukan lawan sebagai alasan kekalahan.

Kita tidak seharusnya menyalahkan pemain sepenuhnya sebaliknya bagi saya jurulatih perlu bertanggung jawab,” kata Kok Chi, semalam. “Jurulatih yang merangka dan merancang persediaan kepada setiap pemain menghadapi Piala Thomas, dan seandainya pemain mereka gagal, mereka juga gagal sebagai seorang jurulatih.

“Tidak dinafikan kita mempunyai antara barisan jurulatih tempatan terbaik dalam skuad kebangsaan tetapi saya lihat mereka ini hanya jurulatih ‘latih tubi’ saja dan tidak mengajar pemainnya mereka untuk menjadi pemain yang berfikir.

“Sehingga sekarang kita hanya mempunyai seorang saja pemain perseorangan bertaraf dunia, malangnya kita tidak lihat barisan pelapis terbaik yang akan muncul? Kenapa ada jurang?.” kata Kok Chi.

Mengenai faktor kelemahan mental dibangkitkan pemain dan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Kok Chi berkata ia alasan rapuh kerana pasukan badminton terdahulu dan ahli yang lalu sudah membentuk mentaliti kemenangan tetapi tampak sudah terhakis ketika ini.
“Sukan kita sudah maju dan kita mempunyai pakar seperti ISN (Institut Sukan Negara) yang boleh memperbetulkan mentaliti itu,” kata Kok Chi. “Malah, jurulatih juga berperanan untuk menerapkan kekuatan mental kepada pemain masing-masing.”

Apa yang jelas ketika pemain dan BAM masih menganggap kelemahan mental ada kaitan dengan budaya negara ini, jaguh sukan negara yang lain seperti pelumba basikal sensasi Azizul Hasni Awang dan pemain skuasy nombor satu wanita dunia, Nicol Ann David, menidakkan andaian itu
 

 

BHARIAN 

No comments: