Wednesday, 3 February 2010

Malaysia pamerkan peningkatan


ATLET negara mendapat faedah daripada program pembangunan Sukan Komanwel 1998.


MALAYSIA berjaya memperoleh purata 10 peratus daripada jumlah keseluruhan pingat emas yang ditawarkan dalam lima edisi Sukan SEA sejak tahun 2000.
Bilangan peratusan pungutan pingat emas itu adalah dua peratus lebih tinggi berbanding lapan peratus daripada tahun 1977 hingga 1997.

Demikian menurut laporan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) semalam.
Laporan itu menyebut pencapaian terbaik Malaysia selepas tahun 2000 ialah ketika menjadi tuan rumah temasya dwitahunan itu pada 2001 dengan memperoleh 28.3 peratus atau 111 daripada 392 emas yang dipertandingkan.



Pada edisi berikutnya di Vietnam pada 2003, Malaysia memungut 9.7 peratus atau 43 daripada 444 emas yang ditawarkan sebelum mencatat 13.7 peratus atau mengumpul 61 daripada 444 pingat emas yang ditawarkan oleh Filipina pada 2005.

Malaysia kemudian mencatat peningkatan dengan memungut 14.2 peratus atau 68 daripada 477 emas daripada edisi di Korat, Thailand pada 2007 dan pada edisi terbaru di Vientiane, Laos pada Disember tahun lepas, Malaysia memungut 10.8 peratus atau 40 daripada 372 pingat emas yang ditawarkan.

Setiausaha Kehormat MOM, Datuk Sieh Kok Chi ketika diminta mengulas statistik itu berkata, segala peningkatan tersebut berlaku selepas kejayaan Malaysia menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 1998 di Kuala Lumpur.
KOK CHI bangga dengan peningkatan yang dipamerkan oleh kontinjen
Malaysia pada Sukan SEA.


"Banyak program intensif yang bertujuan membangun dan meningkatkan prestasi atlet dilakukan bagi menghadapi Sukan Komanwel dan limpahan daripada program tersebut turut meningkatkan prestasi atlet Sukan SEA," katanya semalam.
Kok Chi berkata, kesan daripada program Sukan Komanwel itu dirasai bila Kuala Lumpur menjadi tuan rumah Sukan SEA 2001 dengan mengumpul 111 pingat emas, sekali gus menjadi juara keseluruhan temasya dwitahunan itu.

"Malaysia bagaimanapun perlu berhati-hati dengan peningkatan mendadak yang ditunjukkan oleh Singapura dan Vietnam," katanya. - Bernama

1 comment:

Anonymous said...

[B]NZBsRus.com[/B]
Escape Idle Downloads Using NZB Downloads You Can Instantly Find HD Movies, Console Games, Music, Applications and Download Them at Dashing Speeds

[URL=http://www.nzbsrus.com][B]Usenet[/B][/URL]