Tuesday, 22 December 2009

KL bida Sukan Asia 2019



AHMAD Shabery (dua dari kiri) ketika sidang media mengenai pencapaian atlit negara di Sukan Sea Laos. Turut hadir timbalannya Datuk Wee Jeck Seng (kiri) dan Zolkples (kanan).

Tiada hasrat jadi tuan rumah Sukan Sea 2013 ganti Singapura

MALAYSIA bakal membuat penawaran untuk mendapatkan hak selaku tuan rumah Sukan Asia 2019 selepas gagal dalam usaha penganjuran 2006 yang dimenangi Doha.



Mengumumkan perkara itu di Vientiane, semalam, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata, Malaysia juga tidak berhasrat menggantikan Singapura sebagai tuan rumah Sukan Sea 2013 sebaliknya kekal dengan jadual penggiliran iaitu pada 2017.




“Kita tidak berhasrat menjadi tuan rumah Sukan Sea 2013 menggantikan Singapura sebaliknya akan ikut jadual penggiliran yang sudah ditetapkan,” Shabery. “Walau bagaimanapun, kita akan membida untuk Sukan Asia 2019.”

Untuk mendapatkan hak itu, Malaysia terlebih dahulu perlu menyiapkan dokumen bidaan dan berharap dapat menjadi tuan rumah Perhimpunan Agung Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) pada 2013 bagi memudahkan Malaysia melobi menjadi tuan rumah.

Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Zolkples Embong, berkata jemaah menteri sudah bersetuju untuk Malaysia membuat bidaan Sukan Asia 2019.
“Mula-mula kita harus menyiapkan dokumen bidaan dan MSN akan bekerjasama dengan MOM (Majlis Olimpik Malaysia) menyiapkan sebelum dikemukakan kepada OCA (Jawatankuasa Olimpik Asia),” katanya.BH

No comments: