Wednesday, 29 April 2009

Perjuangan Andrew dapat pengiktirafan


ANDREW (kiri) menerima anugerah OCM Sports Goodwill Ambassador daripada Presiden MOM, Tunku Imran di Kuala Lumpur baru-baru ini.


PERJUANGAN Presiden Kelab Rekreasi Ulu Kelang (UKRC), Andrew Gopal mempertahankan pusat rekreasi dan sukan UKRC tidak sia-sia apabila dianugerahkan OCM Sports Goodwill Ambassador oleh Majlis Olimpik Malaysia (MOM) baru-baru ini.

Andrew terlibat secara langsung untuk mempertahankan kelab UKRC serta memperjuangkan isu-isu kawasan lapang untuk riadah bagi masyarakat sekitar Hulu Kelang.

Anugerah itu disampaikan oleh Presiden MOM, Tan Sri Tunku Imran Tuanku Ja'afar.

Pada tahun 1999 dan 2003, perebutan tanah UKRC oleh Kerajaan Negeri Selangor dan ahli korporat bagi tujuan pembangunan banglo dan kondominium telah membuatkan Andrew tampil membantah dan memperjuangkan kawasan tersebut.

Isu perebutan tanah di tapak UKRC itu turut mendapat liputan luas daripada media elektronik dan cetak.

Pada asalnya, UKRC merupakan nama yang sinonim sebagai pusat rekreasi dan sukan kepada penduduk Hulu Kelang.

Ditubuhkan pada tahun 1957 hasil usaha penduduk, UKRC yang ketika itu merupakan sebuah kawasan lombong, telah diperbaiki sehingga menjadi sebuah padang rekreasi terbaik di Lembah Klang.

Sejak itu, pelbagai aktiviti telah dianjurkan oleh UKRC, malah padang UKRC turut menjadi tapak menggilap bakat legenda bola sepak tanah air, Allahyarham Mokhtar Dahari.

KOSMO

No comments: