Tuesday, 17 March 2009

OCA perlu perkenal konsep baru


Oleh Lukman Salleh
lukmsal@bharian.com.my

'Satu Sukan-Satu Temasya, Satu Temasya-Satu Tahun' kurang beban MOM

MAJLIS Olimpik Asia (OCA) perlu menerokai konsep 'Satu Sukan-Satu Temasya, Satu Temasya-Satu Tahun' bagi mengurangkan bebanan yang ditanggung Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan (NOC) yang berdepan dengan begitu banyak kejohanan antarabangsa.

Setiausaha Kehormat Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Sieh Kok Chi, berkata konsep yang dicadangkan oleh Korea itu di mana dalam setahun hanya satu sukan dipertandingkan serta mengurangkan jumlah penyertaan, harus dipertimbangkan kerana ia boleh mengelak terlalu banyak temasya dalam setahun.


Bagi Kok Chi, dengan rantau ini sudah dibebani dengan begitu banyak temasya selain daripada Sukan Asia, adalah penting untuk memastikan atlit dan NOC tidak berdepan dengan kesulitan untuk menyediakan pasukan dan juga sumber kewangan.

"Ketika kongres OCA di Kuwait minggu lalu, konsep 'Satu Sukan-Sukan Temasya, Satu Temasya-Satu Tahun' diperkenalkan dan saya berpendapat itu cadangan yang amat bagus serta perlu diterokai supaya dapat perkembangan konsep itu," kata Kok Chi, yang sebelum ini menganggap temasya sukan yang terlalu banyak tidak bagus untuk sukan di rantau ini.

"Konsep ini boleh mengurangkan beban yang terpaksa ditanggung NOC, persatuan sukan kebangsaan dan juga atlit di mana temasya itu dikurang dengan hanya satu temasya untuk satu tahun berbanding sekarang ini dengan pelbagai kejohanan sukan akan dilangsungkan.

"Dengan keadaan ekonomi global yang meruncing, menganjurkan terlalu banyak temasya sukan boleh menjadikan satu beban dan bukanlah satu langkah yang bagus.

"Justeru, konsep yang bentangkan ketika mesyuarat OCA ini mungkin adalah jawapan untuk mengurangkan beban itu," katanya.

Tahun ini saja, OCA akan menganjurkan dua kejohanan baru iaitu Temasya Seni Mempertahankan Diri dan Sukan Belia Asia, menjadikan keseluruhan enam temasya yang dikelolakannya, bersama-sama dengan Sukan Asia, Sukan Musim Sejuk Asia, Sukan Dalam Dewan Asia dan Sukan Pantai Asia.

Temasya yang begitu banyak ini membangkit rungutan di kalangan ahli gabungannya tetapi pengerusi jawatankuasa Sukan OCA Wei Jizhong mempertahankan langkah badan induk ini.

"Lebih banyak temasya dianjurkan memberikan peluang kepada ahli gabungan untuk memenangi pingat dan menganjurkan temasya ini," kata Jizhong. "Cara paling bagus mempromosikan sukan di Asia dalam sesebuah negara ialah melalui temasya Asia.

No comments: