Monday, 23 February 2009

Kemelut kabbadi tak jejas peluang: Shahidan


Oleh Meor Hisham Zulkifli
sham@bharian.com.my

KEMELUT dalaman Persatuan Kabbadi Malaysia dianggap tidak mampu menggugat imej bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim sewaktu dia mengumumkan kesediaan untuk dicalonkan bagi merebut kerusi Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM).

“Persatuan sukan ini memang ada bermacam-macam masalah tetapi semua itu akan dapat diatasi. Saya akan segera bermesyuarat dengan persatuan itu bagi menangani masalah ini.

“Inilah masalah yang berlaku dalam persatuan sukan apabila wujud golongan yang mencampurkan kepentingan diri dengan tugasan sukarela di persatuan. Bagaimanapun, saya akan cuba atasi masalah ini.


“Saya tidak merasakan ia boleh menjejaskan saya andai dicalonkan untuk jawatan presiden MOM kerana bagi saya masalah berkaitan tidak puas hati ketika mesyuarat agung tahunan, mampu ditangani dengan segera,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Ditanya mengenai misi yang mahu dibawa andai dipilih selaku calon untuk pemilihan jawatan presiden pada Mesyuarat Agung Tahunan MOM, Mei depan, beliau berkata badan induk itu perlu menjadi badan yang bukan hanya tahu menyelaras.

“Mereka perlu terbabit sama dalam membangun serta membantu persatuan sukan di negara ini. Ketika ini kita melihat MOM hanya terbabit aktif dalam pemilihan atlit, namun hakikat sebenarnya mereka perlu turut membantu peringkat akar umbi.

No comments: