![]() |
TUNKU Imran berharap akta yang akan dipinda selari dengan piagam sukan antarabangsa. |
MAJLIS Olimpik Malaysia (MOM) kini dalam perancangan untuk meminda akta pembangunan sukan negara selaras dengan piagam Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC).
Presiden MOM, Tan Sri Tunku Imran Tuanku Ja'afar memberitahu, tujuan akta pembangunan sukan yang mula diwujudkan pada 1997 ini dipinda supaya ia dapat merangkumi segala perkara dan isu yang bakal timbul dalam proses pembangunan sukan negara.
"Ia amat penting untuk kita meminda semula akta pembangunan sukan ini supaya ia berada di landasan yang betul demi pembangunan sukan negara," kata Tunku Imran pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Lembaga Eksekutif MOM ke- 13 semalam.
"Akta ini mula diwujudkan pada 1997 dalam keadaan yang agak tergesa-gesa sekali gus tidak merangkumi perkara dan isu dalam perkembangan pembangunan sukan negara.
"Ini telah menyebabkan pelbagai masalah dan isu yang timbul kadang kala agak sukar untuk diselesaikan sekali gus mencetuskan rasa tidak puas hati di kalangan persatuan-persatuan sukan kebangsaan. Jadi MOM berasa langkah terbaiknya ialah meminda semula akta ini," kata Tunku Imran lagi.
Menurut Tunku Imran, MOM telah membincangkan cadangan pindaan akta tersebut pada satu seminar 30 Ogos lepas dan draf cadangannya akan dihantar kepada Menteri Belia dan Sukan pada 29 atau 30 Oktober ini.
"Akta ini juga akan dipinda selaras dengan piagam IOC supaya ia dapat diterima dan selari dengan piagam sukan antarabangsa.
"MOM akan menghantar draf cadangan ini kepada Menteri Belia dan Sukan pada 29 atau 30 Oktober ini supaya akta baru ini dapat dilaksana- kan secepat yang mungkin," katanya lagi.
Selain itu, Tunku Imran juga memberitahu, satu jawatankuasa bebas akan dibentuk bagi menyelesaikan masalah yang akan timbul daripada setiap persatuan sukan negara.
"Anggota jawatankuasa bebas ini akan terdiri daripada mereka yang berjawatan profesional dan mereka akan menyelesaikan masalah tersebut dengan adil.
"Jadi dalam kes ini, MOM akan bertindak sebagai fasili- tator, manakala sebarang masalah akan dikaji dan disele- saikan oleh jawatankuasa bebas ini," tambahnya lagi.
Kosmo
No comments:
Post a Comment