Friday, 29 February 2008

Kok Chi diarah tutup mulut -- Kemelut Pesuruhjaya Sukan-Persatuan

KUALA LUMPUR – Setiausaha Kehormat Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Sieh Kok Chi mendedahkan ada pihak mendesak beliau agar menutup mulut dan tidak bercakap tentang kemelut yang berlaku antara Pesuruhjaya Sukan dan beberapa persatuan sukan.

Katanya, sejak meminta agar kemelut yang membabitkan taekwondo, golf, badminton (Selangor), sukan tari dan hoki ais diselesaikan oleh menteri tiga hari lalu, ada pihak tidak senang hati dengan komennya itu.

“Saya dimaklumkan ada pihak mahu saya tutup mulut dan jangan buat sebarang komen.

“Tapi saya bukan orang makan gaji. Saya mewakili sebuah badan sukan bukan kerajaan yang menaungi persatuan-persatuan sukan di negara ini.

“Jadi saya bebas bercakap apa yang saya rasa betul untuk kebaikan warga sukan tidak kira persatuan atau pun atlet,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri Seminar Fungsi dan Peranan Institut Sukan Negara (ISN) di Bukit Jalil, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas nasib dua atlet taekwondo, Elaine Teoh dan Che Chew Chan yang masih gusar jikalau tidak dapat beraksi di Sukan Olimpik Beijing, Ogos ini.

Kedua-dua atlet itu sudah pun layak secara merit tetapi isu Persatuan Taekwondo Malaysia (MTA) yang masih buntu dijangka menjejaskan peluang mereka untuk beraksi di temasya sukan terbesar di dunia itu.

Menurutnya, dalam isu taekwondo hanya MOM dan MTA sahaja secara bersama boleh mengesahkan penyertaan Elaine dan Chew Chan ke Sukan Olimpik.

“Sekiranya, MTA tidak diiktraf sebagai badan sah, kedua-duanya tidak boleh ke Olimpik walaupun MOM meluluskan pemergian mereka.

“Dengan kata lain, borang penyertaan dua atlet terbabit perlu mendapatkan pengesahan serentak daripada MOM dan MTA,” tegasnya.

Kenyataan Kok Chi ini ternyata bertentangan dengan tindakan pejabat Pesuruhjaya Sukan yang tidak mengiktiraf MTA tetapi dalam waktu yang sama mengumumkan dua atlet itu boleh beraksi di Olimpik

No comments: