PETALING JAYA – McDonald’s Malaysia sekali lagi mengumumkan usahasama dengan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) untuk Larian Hari Olimpik sempena sambutan ulang tahun McDonald’s Malaysia ke-25 dan kemerdekaan negara ke-50.
Larian tersebut merupakan kali keempat dianjurkan selepas ia pernah diadakan di Kuala Lumpur, Johor Bahru, Kuantan dan tahun ini di Pulau Pinang.
Pengarah Urusan McDonald’s Malaysia, Azmi Jaafar berkata, McDonald’s sangat komited dalam menggalakkan cara hidup seimbang dan aktif kepada orang ramai, khususnya para pelanggan McDonald’s.
“Larian yang dianjurkan oleh McDonald’s di seluruh dunia merupakan manifetasi McDonald’s dalam membentuk kesedaran secara besar-besaran terhadap kepentingan hidup secara seimbang dan aktif demi kesihatan sejagat.
“Keistimewaan Larian Hari Olimpik kali ini ialah ia di adakan bersempena dengan sambutan jubli perak McDonald’s Malaysia dan sambutan jubli emas kemerdekaan negara,” ujar Azmi pada sidang media, semalam.
Turut hadir pada sidang media semalam ialah Presiden MOM, Tan Sri Tunku Imran Tuanku Ja’afar, Setiausaha MOM, Datuk Sieh Kok Chi, Pengurus Besar McDonald’s Malaysia, Stephen Chew, pemain badminton negara, Wong Choon Hann dan atlet olahraga, Yuan Yu Fang.
Larian itu terbuka kepada orang ramai dengan lapan kategori dipertandingkan dan ia akan diadakan di Taman Perbandaran Pulau Pinang pada 18 Ogos ini bermula 7 hingga 9 pagi.
Setiap peserta akan menerima T-shirt dan topi eksklusif Larian Hari Olimpik manakala pemenang akan membawa pulang hadiah-hadiah menarik termasuk hamper, kupon makanan McDonald’s, pingat serta sijil penyertaan.
Borang penyertaan boleh didapati di semua restoran McDonald’s di Kedah, Pulau Pinang, Perak dan ibu pejabat Persatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) atau menghubungi di talian 016-4628260 dan 04-6583611.
Utusan Malaysia
No comments:
Post a Comment