KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) -- Timbalan Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Datuk Mohamad Norza Zakaria dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Institut Sukan Negara (ISN) bagi penggal kedua sesi 2013-2015.
Menurut ISN dalam kenyataan media Isnin, pelantikan itu dibuat Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.
Mohamad Norza juga adalah Presiden Persatuan Badminton Kuala Lumpur (KLBA).
ISN turut mengumumkan pelantikan lima ahli Lembaga ISN bagi sesi yang sama yang merupakan lantikan menteri.
Mereka adalah Annuar Abd Manap, Datuk Ir. Khairol Anuar Mohd Tawi, Prof Dr Teoh Heng Teong, Prof Madya Dr S.Shamala dan Dr Saw Khay Yong.
Ahli-ahli lain adalah wakil-wakil Kementerian, agensi kerajaan dan ketua pegawai eksekutif ISN seperti yang termaktub dalam Akta Institut Sukan Negara 2011.
Jumlah kesemua ahli Lembaga ISN adalah 14 orang.
-- BERNAMA

No comments:
Post a Comment