Thursday, 12 September 2013

ISN Ajak Persatuan Sukan Bincang Perancangan Pembangunan Atlet

KUALA LUMPUR, 12 Sept (Bernama) -- Institut Sukan Negara (ISN) mengajak semua persatuan sukan kebangsaan untuk duduk berbincang mengenai rancangan pembangunan atlet mereka.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) ISN Datuk Dr Ramlan Abdul Aziz berkata ini bagi membolehkan pihaknya melihat perancangan yang ditetapkan termasuk sasaran yang ingin dicapai.

"Kita akan rancang serta buat pemantauan ke arah kejayaan persatuan sukan serta menjelaskan apa-apa keperluan khusus untuk capai kejayaan," katanya pada sidang media di sini Khamis sempena ulang tahun kedua ISN sebagai badan berkanun pada 16 Sept ini.

Dr Ramlan menarik perhatian bahawa untuk berjaya, atlet bukan sahaja perlu menjalani latihan dengan gigih bahkan harus menghindari gangguan luar yang boleh memberi kesan negatif terhadap mutu persembahan mereka.

-- BERNAMA

No comments: