KUALA LUMPUR, 12 Jun (Bernama) -- Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Rabu
mengumumkan pelantikan semula Datuk Dr Ramlan Abdul Aziz sebagai Ketua
Pegawai Eksekutif (CEO) Institut Sukan Negara (ISN) yang baharu.
Unit Komunikasi Korporat KBS dalam kenyataan berkata Dr Ramlan, 53, sebelum ini dipinjamkan sebagai Penasihat Sains dan Perubatan Sukan kepada Menteri Belia dan Sukan sejak 16 Ogos tahun lepas.
Ahmad Shapawi Ismail, 50, yang menjawat jawatan CEO ISN pula dilantik sebagai Pesuruhjaya Sukan.
"Pelantikan kedua-dua pegawai kanan (KBS) ini berkuat kuasa 17 Jun," menurut kenyataan itu.
Sebelum ini, Dr Ramlan pernah menjawat jawatan yang ketika itu sebagai Ketua Pengarah ISN bermula 2007 hingga 2012 sebelum dilantik sebagai Penasihat Sains dan Perubatan Sukan kepada Menteri Belia dan Sukan terdahulu, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.
Ahmad Shapawi pula dilantik ke jawatan berkenaan bagi menggantikan Datuk Mohd Yasin Mohd Salleh yang tamat kontrak pada April lepas selepas dua tahun memegang jawatan berkenaan.
1 comment:
Hello, Neat post. There is an issue along with your website in internet explorer, might check this?
IE nonetheless is the marketplace chief and a huge part of people will
omit your great writing due to this problem.
Feel free to surf to my weblog ... no win no fee in accident claim
Post a Comment