KUALA LUMPUR, 12 Okt (Bernama) -- Majlis Olimpik Malaysia (MOM) tidak bersetuju dengan cadangan Institut Sukan Negara (ISN) melantik seorang pengarah prestasi khas bagi memantau persiapan atlet negara ke Olimpik Brazil 2016 kerana ia bakal menjejaskan peruntukan untuk program persediaan atlet.
Setiausaha Kehormat MOM Datuk Sieh Kok Chi berkata cadangan ISN itu tidak relevan kerana badan sains sukan negara itu sendiri mempunyai ramai petugas berkelayakan bagi melaksanakan tanggungjawab itu.
"Untuk apa ISN ingin wujudkan jawatan pengarah prestasi khas sedangkan tugas tersebut telah lama dilakukan oleh unit dan bahagian di ISN seperti unit fisiologi, perubatan dan teknologi sukan yang berupaya memantau lebih terperinci kerana mereka lebih dekat dengan atlet," katanya ketika dihubungi Bernama Jumaat.
Semalam, Ketua Pegawai
seorang pengarah prestasi khas dilantik dan berperanan memantau prestasi atlet yang berpotensi merealisasikan pingat emas pertama negara pada Sukan Olimpik di Rio de Janiero, Brazil pada 2016.
Mengulas lanjut, Sieh berkata pelantikan pengarah prestasi khas juga melibatkan kos yang besar dan adalah lebih baik peruntukan yang sedia ada disalurkan untuk program persiapan atlet ke Olimpik Brazil.
-- BERNAMA
No comments:
Post a Comment