Sejajar dengan cadangan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) membina sebuah litar bagi perlumbaan ‘drag’
yang membabitkan kos sebanyak RM15 juta semalam serta prestasi yang
membanggakan dari pelumba Moto3 Zulfahmi Khairuddin, pelumba Moto2 Mohd
Hafizh Syahrin Abdullah serta pelumba Formula BMW Muhammad Nabil Jan
Al-Jeffri, Institut Sukan Negara (ISN) bersedia memberi kerjasama kepada pelumba sukan permotoran negara di dalam aspek sains perubatan dan teknologi sukan.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif ISN, Ahmad Shapawi Ismail, pelumba sukan permotoran negara boleh mendapat khidmat sokongan dari pelbagai aspek sains sukan melalui pendekatan sainstifik dan sistematik.
Melalu pendekatan tersebut pelumba boleh mengaplikasikan elemen sains sukan seperti aspek suaian fizikal, psikologi sukan, pemakanan sukan serta perubatan sukan. Selain itu, pelumba juga boleh menggunakan gimnasium, dan kemudahan-kemudahan sains perubatan dan teknologi sukan yang ada di ISN.
Menurutnya
lagi, bekas pelumba FI Malaysia, Alex Yoong sentiasa mengunakan
perkhidmatan sokongan sains perubatan dan teknologi sukan yang ada di
ISN bagi membantu meningkatkan prestasi beliau.
ISN
juga menggalakkan sekiranya institut dapat membantu di dalam aspek
penyelidikan yang diperlukan oleh pihak-pihak yang berkenaan
Elemen
sains, perubatan dan teknologi sukan ini perlu diberi pendedahan awal
untuk membina kekuatan bagi meningkat keupayaan dan prestasi mereka
untuk bersaing dengan atlet antarabangsa.
No comments:
Post a Comment