WALAUPUN arena sukan negara berdepan isu berkaitan anti-doping sejak akhir-akhir ini, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Sukan Negara (ISN), Datuk Dr Ramlan Abd Aziz menaruh keyakinan tinggi ia tidak akan mengheret atlet negara yang bakal bersaing pada Sukan Olimpik di London, Julai ini.
Ramlan menegaskan atlet negara yang bakal beraksi pada temasya itu adalah individu yang berpengalaman dan sedar akan tanggungjawab untuk menjaga diri sendiri daripada terjebak selain sentiasa dikawal rapi pihaknya.
“Berdasarkan program latihan, sukar untuk amalan tidak baik berlaku namun kami memerlukan kerjasama semua pihak termasuk jurulatih dan persatuan sukan kebangsaan bagi memastikan pemantauan berterusan dapat dilakukan dengan baik mengikut prosedur ditetapkan,” katanya.
Beliau bagaimanapun menegaskan ia bukanlah satu jaminan yang pasti kerana akhirnya atlet sendiri bertanggungjawab terhadap diri sendiri.
“Saya harap mereka tidak merosakkan persediaan yang memakan masa beberapa tahun bagi menyertai temasya ini. Sekiranya terdapat ubat-ubatan yang tidak pasti kandungannya, mereka perlu merujuk terus kepada saya sebelum mengambilnya,” katanya.
Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik dan Paralimpik London (LOCOG) pada minggu lalu seolah-olah menghantar amaran kepada setiap atlet yang bersaing apabila menyatakan lebih 6,250 sampel akan dianalisa sepanjang dua temasya terbabit berlangsung, mencecah 400 sampel setiap hari, satu jumlah yang lebih banyak berbanding mana-mana temasya lain.
Malah makmal yang mendapat pengiktirafan Agensi Anti-Doping Dunia (Wada) yang mempunyai keluasan tujuh gelanggang tenis turut mempunyai lebih 150 saintis anti-doping serta beroperasi 24 jam sehari.
Hingga kini, sejumlah atlet memanah, renang dan menembak sudah melayakkan diri ke London dengan sebahagiannya lagi masih memburu tempat ke temasya sukan terbesar dunia itu.
Oleh Azlan Muhammad Zain
azlanmz@hmetro.com.my

No comments:
Post a Comment