Tuesday, 29 November 2011

ISN utamakan emas Olimpik



MOHD. ZIN (tiga dari kanan) mempengerusikan mesyuarat pertama ahli lembaga pengarah ISN di Bukit Jalil semalam.



INSTITUT Sukan Negara (ISN) yang menguruskan aspek saintifik berhubung prestasi atlet, akan memberi fokus kepada sukan-sukan berprestasi tinggi yang boleh meraih pingat emas pertama negara pada Sukan Olimpik London tahun depan.

Pengerusi ISN, Prof. Datuk Dr. Mohd. Zin Bidin berkata, antara sukan yang berpotensi untuk menghasilkan pingat emas Olimpik pertama Malay- sia ialah badminton, tenpin boling, memanah dan lumba basikal.
"Kami merancang memberi fokus kepada atlet dalam sukan-sukan itu dari segi pema- kanan, psikologi sukan dan keadaan mental atlet itu sendiri, namun sukan-sukan lain turut akan diberi perhatian," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat pertama anggota lembaga pengarah ISN di Bukit Jalil semalam.

ISN menjadi badan berkanun setelah dikuatkuasakan menerusi Akta ISN pada 16 September lepas.
Ia bermatlamat memberi perkhidmatan dan kemudahan teknologi sukan terbaik kepada latihan atlet berprestasi tinggi dalam menghadapi kejohanan sukan antarabangsa selain melahirkan atlet pertama yang memenangi pingat emas Olimpik pertama untuk negara.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif ISN, Datuk Dr. Ramlan Abdul Aziz berkata, ISN mempunyai pakar sains sukan yang mencukupi untuk menampung skop tuga- san badan itu yang dijangka semakin meluas mulai tahun depan.

"Setakat ini, kami mempunyai kekuatan lebih kurang 400 tenaga kerja dan kami sedang berusaha meningkatkan jumlah kakitangan kami serta kepakaran yang dimiliki mereka," katanya.
Beliau berkata, jumlah pakar sains sukan yang ada di ISN perlu seimbang dengan jumlah atlet elit negara berdasarkan kehendak semasa.

"Kami juga perlu melihat bagaimana kami harus bekerjasama dengan Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi supaya kami melahirkan atlet elit yang benar-benar berbakat," katanya.



KOSMO

No comments: