KUALA LUMPUR - Tiga atlet olahraga yang berada di Bulgaria dijangka menjalani ujian anti-doping oleh Pertubuhan Anti-Doping Serantau (RADO) Eropah sebelum akhir minggu ini.
Ketua Pengarah Institut Sukan Negara (ISN) Datuk Dr. Ramlan Abd. Aziz berkata, pihaknya bekerjasama dengan RADO bagi menjalankan ujian tersebut selepas berjaya mengesan alamat terbaru atlet berkenaan.
Katanya, sebelum ini RADO berdepan masalah untuk mengesan tiga atlet berkenaan kerana mereka sering berpindah mengikut jadual latihan dan pertandingan di beberapa tempat di negara itu.
"Alamat terbaru atlet di Bulgaria diperolehi pada Khamis lepas daripada pengurusan Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM)," katanya semalam.
Tiga atlet tersebut ialah Norjannah Hafizah Jamaluddin, Nurul Sarah Kadir dan Noor Imran Hadi, sebelum ini dilaporkan berada di Sofia, bagi tujuan latihan dan menyertai beberapa pertandingan.
Mereka menghilang diri daripada menjalani ujian doping di ISN Bukit Jalil pada 24 Mei lepas dan dua hari selepas itu dilaporkan berada di Bulgaria.
Dr. Ramlan berkata, sekira RADO dapat menjalankan ujian tersebut maka sampel tiga atlet berkenaan akan diuji di makmal di Bulgaria atau dihantar ke makmal di negara berdekatan.
Tiga lagi atlet olahraga yang juga menghilangkan diri ketika ujian doping tetapi kemudian menyerah diri, telah menjalani ujian dan didapati negatif. - Bernama

No comments:
Post a Comment