KUALA LUMPUR, 18 Ogos (Bernama) -- Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) tidak mempunyai dana untuk menjelaskan hutang tertunggak RM60,000 kepada Majlis Olimpik Malaysia (MOM), kata Timbalan Presiden KOAM Karim Ibrahim.
"Kami tidak mempunyai dana yang mencukupi untuk menjelaskan hutang sebanyak RM60 ribu kepada Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dan kami telah membuat keputusan untuk tidak membayarnya," katanya.
Dalam reaksi kerasnya terhadap tindakan MOM yang tidak membenarkan atlet olahraga kategori B yang layak untuk beraksi di Sukan Komanwel, New Delhi selagi KOAM tidak menjelaskan hutang, Karim berkata kos pembiayaan atlet kategori B pada Sukan SEA di Laos pada tahun lepas tidak sepatutnya ditanggung oleh KOAM sahaja sebaliknya perlu ditanggung secara bersama.
"Fungsi KOAM adalah untuk menyediakan atlet dan bukannya untuk menanggung kesemua kos kejohanan atlet," katanya ketika dihubungi Bernama pada Rabu.
Pada Sukan Sea Laos, skuad olahraga menyenaraikan 14 atlet pelapis daripada keseluruhan 45 atlet, dua daripadanya di bawah kategori A sementara 12 lagi di bawah kategori B.
Mengikut peraturan MOM, atlet yang layak secara merit ke sesuatu temasya diletakkan di bawah kategori A di mana segala perbelanjaan ditanggung oleh MOM tetapi atlet yang tidak layak secara merit tetapi turut diberi peluang untuk beraksi, berada di kategori B.
Persatuan perlu menanggung sendiri perbelanjaan atlet kategori B tetapi MOM akan membayar kembali jika atlet tersebut berjaya meraih sekurang-kurangnya pingat perak.
Karim berkata KOAM terpaksa menanggung beban hutang RM60,000 dengan MOM apabila terdapat atlet kategori B yang gagal meraih sekurang-kurang pingat perak di kejohanan itu.
"Sebelum KOAM hantar atlet pelapis ke Loas dulu ada pihak yang berjanji untuk menanggung kos tersebut secara bersama tetapi kini sebaliknya berlaku.
"Mereka mendiamkan diri dan membiarkan KOAM dibebani hutang yang perlu dijelaskan kepada MOM," katanya.
Karim menegaskan bahawa KOAM bukannya persatuan sukan yang ditubuhkan atas dasar mencari keuntungan dan pastinya ia tidak mempunyai dana yang mencukupi untuk menampung seluruh kos perbelanjaan yang membabitkan semua perkara.
Sepatutnya tanggungjawab tersebut perlu dipikul oleh Majlis Sukan Negara (MSN) dan MOM yang menjadi pentadbir sukan di negara ini dan bukannya KOAM, katanya.
Memandangkan KOAM tidak mempunyai keupayaan melunaskan hutang tersebut, KOAM berharap MOM dapat memberi kelonggaran dan membenarkan tiga atletnya di bawah kategori B beraksi di New Delhi, katanya.
Seramai empat atlet olahraga yang layak ke Sukan Komanwel dalam kategori A ialah Teoh Boon Lim dan Lo Choon Seng bagi acara 20km jalan kaki, Lee Hup Wei (lompat tinggi), M.Vadivelan (800m).
Sementara Roslinda Samsu (lompat bergalah), P. Yuvaraj (400m) dan Siti Zubaidah Adabi (100m) bertanding atas tiket kategori B.
Setiausaha Kehormat MOM Datuk Sieh Kok Chi dilaporkan meminta KOAM melangsaikan hutang terlebih dahulu sebelum menghantar atletnya ke Sukan Komanwel di New Delhi, India yang akan berlangsung dari 3 hingga 14 Okt.
-- BERNAMA

No comments:
Post a Comment