Wednesday, 19 August 2009

Kecewa skuasy tak disenaraikan


PRESIDEN Persatuan Squash Malaysia (SRAM), Datuk Sani Karim kecewa apabila skuasy tidak disenaraikan dalam Sukan Olimpik 2016, lapor RADIAH SAORI.

Kelmarin, Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) memutuskan hanya sukan golf dan ragbi tujuh sepasukan disenarai pendek dalam pemilihan ke Sukan Olimpik 2016 yang akan diputuskan pada mesyuarat IOC di Copenhagen, Oktober depan.

Keputusan tersebut sekali gus menyaksikan skuasy selain besbol, bola lisut, karate dan sukan beroda gagal dalam bidaan untuk disenaraikan dalam temasya sukan paling besar di dunia itu.

Malaysia yang memiliki barisan pemain skuasy terhandal termasuk pemain No. 1 dunia, Datuk Nicol Ann David, berpeluang untuk meraih emas pada Sukan Olimpik 2016 sekiranya sukan tersebut disenaraikan.

Menurut Sani, keputusan IOC memang mengejutkan memandangkan skuasy menerima maklum balas yang cukup baik pada sesi pemben- tangan 15 Jun lepas.

"Memang kami sedih dan kecewa dengan keputusan ini," kata Sani.

No comments: