Friday, 10 April 2009

MOM - Datuk Shabery Cheek, Sinar baru tingkatkan prestasi sukan negara


OLYMPIC Council of Malaysia (OCM) secretary Datuk Sieh Kok Chi: With his background as Information Minister, we all can look forward to better promotion and publicity of sports in the country.

I am sure we can now get the message across to the people on the active lifestyle through sports, especially for the younger generation.

Personally, I have met him once at the launch of the Beijing Olympics Television Broadcast in RTM nine months ago.

Setiausaha Kehormat Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Sieh Kok Chi, berkata sukan di negara ini memerlukan anjakan pradigma bagi memupuk kesedaran kepentingan bersukan di kalangan rakyat negara ini.

“Kita sudah boleh dianggap berjaya dalam bidang sukan hasil usaha bersama yang dilakukan Majlis Sukan Negara (MSN), namun aspek kesedaran bersukan masih dianggap ketinggalan.

“Kami mengucap tahniah dan yakin terhadap kemampuan Shabery untuk melakukan perubahan ini selepas kejayaannya di Kementerian Penerangan,” katanya yang turut mengucapkan selamat kembali kepada Datuk Razali Ibrahim ke kementerian itu.

Kok Chi berkata, Razali sudah dianggap tidak lagi asing di kalangan pemimpin persatuan sukan di negara ini kerana beliau berkhidmat dengan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Hishamuddin Hussein sewaktu Malaysia menganjurkan Sukan Sea 2001.

No comments: