Wednesday, 14 January 2009

MOM rombak sistem rating persatuan


PEKA dengan kritikan pelbagai pihak sebelumnya, Majlis Olimpik Malaysia (MOM) menyiapkan rombakan menyeluruh terhadap sistem rating persatuan sukan kebangsaan yang diperkenalkan, tahun lalu.

Apa yang pasti, cara penentuan rating lama dimansuhkan ketika badan induk itu akan mengeluarkan 'kad laporan tahunan' selepas menilai semua persatuan sukan.

"Sebelum ini, MOM menilai berdasarkan tiga aspek - pentadbiran, program dan aktiviti serta pencapaian - yang jadi asas menentukan jumlah bintang kepada persatuan.

"Cara ini dikritik pelbagai pihak, terutama kerana aspek pencapaian tidak diletakkan sebagai keutamaan, sekali gus menyaksikan ada persatuan tanpa pencapaian hebat menerima empat atau lima bintang.

"Sistem penilaian ini proses dinamik dan sentiasa berkembang. Hasil reaksi balas, kami mengubahnya dan akan mengeluarkan kad laporan tahunan buat semua persatuan," kata Timbalan Presiden MOM, Datuk M Jegathesan yang bertanggungjawab mengendalikan proses berkenaan.

Rumusan perubahan itu, yang diluluskan Lembaga MOM, sudahpun dikemukakan kepada Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menerusi cara baru itu, persatuan tetap dinilai mengikut tiga aspek berkenaan.

Berita Harian

No comments: