Thursday, 4 December 2008

'Jangan melatah tindakan SGF'

lukmsal@bharian.com.my

MAJLIS Olimpik Malaysia (MOM) menasihatkan persatuan sukan kebangsaan supaya tidak mudah melatah dengan keputusan Persekutuan Sukan Sea (SGF) untuk mengenakan kuota penyertaan ke atas 12 daripada 25 sukan yang akan dipertandingkan pada Sukan Sea Laos 2009.

Setiausaha Agungnya, Datuk Sieh Kok Chi, berkata persatuan sukan kebangsaan terbabit perlu berfikiran matang dan memikirkan mengenai kepentingan sukan itu pada masa akan datang terutama sekali dalam usaha melobi beberapa sukan berkenaan dimasukkan dalam Sukan Olimpik dan juga temasya besar yang lain.

Selain itu, jika berdasarkan kepada congakan MOM, keputusan SGF ini tidak terlalu menghimpit Malaysia terutama dalam memastikan meraih emas tetapi lebih kepada kuasa besar Asia Tenggara lain seperti Thailand, Indonesia dan Vietnam.

Dua belas sukan yang dikenakan kuota penyertaan ialah tinju, judo, karate-do, taekwondo, gusti, wushu, muay thai, pencak silat, renang sirip, sepak takraw, sepak bulu ayam dan angkat berat.

"Melihatkan kepada senarai sukan yang dikenakan kuota penyertaan, saya berpendapat ia tidak akan memberikan banyak kesan kepada Malaysia kerana kita tidak mempunyai persatuan sukan kebangsaan untuk acara muay thai, sepak bulu ayam, renang sirip dan gusti.

"Dalam sukan seperti tinju dan judo pula, kita mungkin tidak menghantar pasukan penuh kerana kita sememangnya tidak mempunyai atlit berprestasi tinggi dalam kedua-dua sukan ini manakala dalam sepak takraw pula kita hanya menyertai tiga daripada empat acara yang dipertandingkan dan jarang menghantar pasukan untuk acara gelung.

No comments: