
Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), dalam kenyataan media, semalam, mengumumkan dua bandar raya jiran - Bangkok, Thailand dan Singapura - adalah antara lima calon dalam senarai akhir, selain Moscow, Athens dan Turin di Itali.
Senarai lima calon itu diputuskan selepas penelitian terhadap Borang Pencalonan Bandaraya yang dikemukakan oleh sembilan bandar raya yang dilakukan oleh panel pemilihan IOC. Malaysia menduduki tempat keenam keseluruhan.
Berdasarkan laporan penelitian itu, usaha penawaran Malaysia terjejas kerana kegagalan menyediakan pelan program budaya dan pendidikan menyeluruh menyokong penganjuran berkenaan.
"Saya anggap ia sebagai satu hikmah di sebalik kegagalan. Jika berjaya kami perlu terbabit dengan lawatan selama enam minggu (untuk melobi) sebaliknya ketika itu kami sibuk dengan temasya Sukan Sea dan juga persiapan untuk beberapa perkara lain," kata Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tunku Imran Tuanku Ja'afar semalam.
Berita Harian
No comments:
Post a Comment