Thursday, 27 September 2007

MOM tunai hajat FAM!

Oleh Azidan Nahar dan Mohd Fadzrie Hazis

Ke Korat bawah Kategori A

SAMA ada disengajakan ataupun tidak, Majlis Olimpik Malaysia (MOM) jelas merah padam semalam kerana kekalutan ciptaan sendiri berhubung status penyertaan skuad bola sepak ke temasya Sukan Sea di Korat, Disember ini.

Bermula dengan penuh ketegasan betapa skuad negara tidak cukup syarat untuk dibiayai sepenuhnya, kesilapan pencatat minit ketika mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan MOM kelmarin, kemudiannya terdedah untuk badan induk itu membuat penjelasan betapa bola sepak sudah dinaikkan dalam Kategori A.

Ia bermula ketika sidang akhbar pada petangnya, apabila Setiausaha Kehormat MOM, Datuk Sieh Kok Chi (gambar), menjelaskan skuad berkenaan akan ke Korat di bawah Kategori B – sekali gus bermakna Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) perlu menanggung semua perbelanjaan.

"Skuad bola sepak didapati tidak memiliki cukup data dan bukti yang boleh meyakinkan MOM untuk menyenaraikan mereka dalam Kategori A, sekali gus mendapat pembiayaan penuh," katanya ketika itu.

Lebih menarik, beberapa pegawai MOM turut hadir dalam sidang akhbar itu, tetapi tiada seorangpun mengambil inisiatif untuk memperbetulkan kenyataan yang dibuat Kok Chi ketika itu.

Lantas, berita itu diterima sebagai sesuatu yang amat mengecewakan oleh FAM, dengan setiausaha agung badan induk berkenaan, Datuk Azzuddin Ahmad bagaimanapun menyifatkannya sebagai satu cabaran yang bakal disahut skuad kendalian B Sathianathan.

"Apabila rayuan kami tidak diterima, sudah pasti ia mengecewakan. Tetapi kami terpaksa akur. Saya tetap yakin dengan kemampuan skuad ini. Mereka punya potensi baik dan bersedia menyahut cabaran," katanya.

Namun lebih lima jam kemudiannya, selepas perkhabaran itu dilaporkan beberapa stesen televisyen tempatan, MOM bingkas menyedari kesilapan dan membuat pembetulan.

“Sila ambil maklum bahawa pasukan bola sepak lelaki diletakkan dalam Kategori A untuk Sukan Sea dan bukan Kategori B seperti diumumkan sebelumnya,” kata pegawai media MOM, Joe Marcose menerusi sistem pesanan ringkas.

Perubahan itu turut disahkan oleh Presiden MOM, Tunku Imran Tuanku Ja'afar yang dihubungi semalam.

Serentak itu, Azzuddin – biarpun keliru dengan maklumat berbeza yang disampaikan itu – mahu ia dilihat sebagai penyemarak semangat pemain apabila beraksi di Korat nanti.

"Kini terpulang kepada pemain untuk membalas kepercayaan yang diberikan dan saya yakin mereka tidak akan mengecewakan harapan yang sudah diberikan itu," katanya.

Difahamkan, kesilapan itu berpunca daripada kesilapan Penolong Setiausaha MOM, Moira Tan Siew See, yang berwatak pencatat minit ketika mesyuarat jawatankuasa pemilihan, kelmarin. Kebetulan, Kok Chi pula tidak berada dalam bilik mesyuarat ketika FAM mengemukakan rayuan – sesuatu yang diakui Kok Chi kemudiannya.

Berita Harian

14 comments:

Anonymous said...

buy zolpidem online buy zolpidem thailand - zolpidem 10 mg abuse

Anonymous said...

xanax alprazolam xanax generic no prescription - xanax 0.5 mg

Anonymous said...

buy diazepam diazepam 5mg patient information leaflet - can you buy diazepam online no prescription

Anonymous said...

ativan anxiety + ativan withdrawal + exercise - buying ativan online-no prescription

Anonymous said...

ativan price can you overdose ativan - ativan side effects weight loss

Anonymous said...

cheap xanax online xanax drug test bluelight - pill finder generic xanax

Anonymous said...

purchase ambien hilarious ambien stories - buy ambien cr canada

Anonymous said...

buy somas online buy soma in mexico - somanabolic muscle maximizer vegetarian

Anonymous said...

purchase ambien ambien cr online no prescription - ambien 10mg vs 5mg

Anonymous said...

buy carisoprodol generic soma 2410 v - buy soma online canada

Anonymous said...

where to buy valium online valium pill info - valium happy pills

Anonymous said...

buy soma buy somatomax - carisoprodol 350mg used

Anonymous said...

buy soma online somamedication.net - how to buy somatropin injection

Anonymous said...

purchase soma soma online buy - somanabolic muscle maximizer user reviews