Thursday, 17 January 2013

Sukan ISN bantu cungkil bakat atlet baru


 ISN bersikap terbuka dan sedia memberi nasihat," Ahmad Shapawi Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif ISN

Kuala Lumpur: Institut Sukan Negara (ISN) sentiasa membuka pintu kepada kelab-kelab sukan di negara ini yang ingin mendapatkan khidmat sokongan sains dan perubatan sukan dalam usaha mencungkil bakat baharu.

Ketua Pegawai Eksekutif ISN, Ahmad Shapawi Ismail berkata, pihaknya sedia memberi khidmat sokongan daripada pelbagai aspek sains sukan melalui pendekatan saintifik seperti penyesuaian fizikal, pemakanan dan perubatan sukan.
“ISN bersikap terbuka dan sedia memberi nasihat dan khidmat kepakaran sains dan perubatan sukan kepada kelab-kelab termasuk kelab rekreasi yang memerlukan kepakaran kita.

“Dalam hal ini, kita tiada halangan untuk membantu dan mereka boleh datang dan berunding (dengan ISN). Kita akan salurkan mereka kepada pakar-pakar tertentu,” katanya semalam.

Kaedah saintifik

Bagaimanapun, Ahmad Shapawi berkata, keutamaan ISN dalam memberi khidmat kepakaran berhubung sains dan perubatan sukan itu adalah kepada sukan berprestasi tinggi.

Beliau berkata, penekanan terhadap sains dan perubatan sukan itu adalah penting untuk membina kekuatan bagi meningkat keupayaan serta prestasi seseorang atlet untuk bersaing.
“Jika kita mempunyai masa dan tenaga yang lebih serta tidak bertindih dengan tumpuan terhadap pembangunan sukan berprestasi tinggi, kita sedia membantu (dalam aspek sains dan perubatan sukan). Itu kepakaran yang kita ada,” katanya.

Beliau berkata, ISN juga menyambut baik langkah Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yang sedia membantu kelab badminton untuk mencungkil bakat baharu dan melahirkan pemain pelapis bagi menerajui cabaran negara di persada antarabangsa.

Ahmad Shapawi berkata, sebagai agensi yang mempunyai kepakaran dalam aspek sains sukan, ISN amat menggalakkan kelab berkenaan menggunakan kaedah saintifik dalam mencungkil bakat baharu dan ia selari dengan hasrat Kementerian Pelajaran untuk melahirkan atlet pelapis negara. - BERNAMA

4 comments:

Anonymous said...

exactly what makes you actually incredible blogilates
http://chat4now.com/blog/kathleeno/13/2/3/crucial-requirements-throughout-comparatif-mutuelle
http://myoptionscommunity.com/node/221172/
http://undertherainbow.org/node/20446/

Anonymous said...

journal isn't listed in yahoo and google
http://wiki.bohyne.net/index.php?title=U%C5%BEivatel:WadeTipto
http://www.hakprojekte.at/wikiAuhof/index.php?title=Benutzer:EarlZunig
http://www.geniusdock.com/groups/preferring-fast-approaches-inside-of-referencement-naturel/
http://multimedia.stisitelkom.ac.id/read_blog/180273/displaying-useful-replies-to-get-référencement-naturel
http://www.van-dyck.edu.mx/wiki/index.php?title=Usuario:KentCarri

Anonymous said...

Way cool! Some very valid points! I appreciate you writing this
article and the rest of the site is really good.


Review my blog post :: sian

Anonymous said...


http://www.petinsuranceuks.co.uk/dog-health.html Prior to deciding to publish a software for medical health insurance, take a moment to figure out what kind of business you would like to go with. Ashton: There are currently no pet insurers that cover pre-existing conditions, so in that way it is similar to human health insurance.