Friday, 18 February 2011

Cuaca sejuk bantu atlit latih lama

LATIHAN di ketinggian tinggi memberi kesan yang sangat minimum kepada latihan atlit.

Ketua Pengarah Institut Sukan Negara (ISN), Datuk Dr Ramlan Abdul Aziz bagaimanapun berkata cuaca sejuk dan nyaman dapat membantu atlit memanjangkan lagi sesi latihan terutama sekali dalam aspek ketahanan.

“Kesan daripada berlatih di altitud tinggi hampir di Ranau adalah hampir kepada tahap minimum...Sebenarnya ada pelbagai cara lain yang boleh digunakan bagi conditioning atlit selain menjalani latihan di tempat tinggi,” katanya mengulas mengenai pemilihan Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) menjadikan Ranau sebagai pusat latihan persediaan ke Sukan SEA di Indonesia, November ini.

KOAM kini menghadapi pertikaian dengan Majlis Sukan Negara (MSN) apabila MSN hanya meluluskan peruntukan perbelanjaan bagi 15 atlit yang disenaraikan ke Ranau sedangkan kontroversi berhubung status pembinaan Kompleks Sukan Ranau itu masih dipersoalkan.

Ramlan berkata pemilihan tempat latihan adalah terpulang kepada pihak persatuan namun mengakui adalah bagus bagi atlit dibawa menjalani latihan ke tempat yang mempunyai kurang gangguan.


B.Harian

No comments: