Thursday, 21 January 2010

Malaysia bida tuan rumah Sukan Asia 2019


KUALA LUMPUR - Malaysia telah mengemukakan bidaan menganjurkan Kongres Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) 2013 dan Sukan Asia 2019 kepada Majlis Olimpik Asia (OCA), November lalu, kata Setiausaha Kehormat Majlis Olimpik Malaysia (OCM), Datuk Sieh Kok Chi.

Kok Chi berkata, dokumen-dokumen yang dikenali sebagai Surat Hasrat, telah dikemukakan dengan kelulusan kerajaan.

"Keputusan mengadakan kongres itu hanya akan diketahui tidak lama lagi. Tapi keputusan bagi hos Sukan Asia 2019 hanya akan diketahui menjelang 2012. Ia merupakan proses yang panjang dan memenatkan terutama dalam membida Sukan Asia," katanya di sini, semalam.


Beliau berkata, bagi Kongres IOC 2013, OCM akan membuat pembentangan semasa sesi IOC di Vancouver, Kanada pada 10 Februari ini sebelum 115 anggota IOC mengundi.
"Selain Malaysia, Argentina juga membuat bidaan untuk menjadi hos kongres itu. Tapi ia adalah lebih signifikan kepada Malaysia jika kita diberi peluang bagi menjadi hos kongres, ia akan mengukuhkan bidaan Kuala Lumpur bagi menjadi hos Sukan Asia," ujarnya.

Bagi Sukan Asia 2019, Kok Chi berkata, beliau mendapat tahu bahawa Dubai juga berminat menjadi hos sukan itu terutama sekali apabila jirannya, Doha, berjaya pada 2006.

Sebelum ini, Malaysia hampir menjadi hos dua Sukan Asia tetapi tewas kepada Qatar untuk menganjurkan Sukan Asia 2006 manakala satu lagi peluang untuk menjadi hos Sukan Asia 2010 telah diserahkan kepada Guangzhou, China selepas kerajaan menolaknya berikutan kos yang begitu besar.
Korea Selatan akan menjadi hos Sukan Asia 2014 di Incheon.

Ketika ditanya berhubung hasrat Malaysia untuk menjadi hos kepada pelbagai acara sukan, beliau berkata setakat ini kerajaan hanya berminat untuk menjadi hos Sukan Asia 2019.
OCA dalam laman web rasminya semalam mengingatkan 45 Jawatankuasa Olimpik kebangsaannya (NOC) bahawa tarikh akhir bagi mengisytiharkan minat mereka bagi menganjurkan pelbagai acara sukan ialah pada 31 Mac tahun ini.

Menurut laman web itu, OCA mempelawa bidaan bagi acara-acara berikut - Sukan Dalam Gelanggang Asia/Sukan Seni Bela Diri pada 2013 dan 2018, Sukan Remaja Asia pada 2013 dan 2017, Sukan Pantai Asia pada 2016 dan 2020, Sukan Musim Sejuk Asia pada 2017 dan 2021, Sukan Asia pada 2019 dan 2023.

"NOC yang berminat membida bagi sukan-sukan ini diminta mengemukakan surat hasrat rasmi mereka kepada OCA menjelang 31 Mac," menurut laman web itu. - Bernama

1 comment:

Anonymous said...

Good day, sun shines!
There have been times of hardship when I didn't know about opportunities of getting high yields on investments. I was a dump and downright stupid person.
I have never thought that there weren't any need in big initial investment.
Now, I'm happy and lucky , I begin to get real money.
It gets down to select a correct partner who utilizes your funds in a right way - that is incorporate it in real business, and shares the income with me.

You can get interested, if there are such firms? I have to answer the truth, YES, there are. Please be informed of one of them:
http://theinvestblog.com [url=http://theinvestblog.com]Online Investment Blog[/url]